Organisasi

Tentang Kami

SABDA RASULULLAH SAW: "SEBAIK-BAIK DI KALANGAN KAMU ORANG YANG BELAJAR AL QURAN DAN MENGAJARKANNYA ( KEPADA ORANG LAIN ) ( HR AL-BUKHARI ).

Akademi Al Quran Al Busyra yang dikendalikan oleh syarikat SINERGI AL BUSYRA PLT sudah beroperasi sejak Jun 2015. Kami menawarkan kelas-kelas pengajian Al Quran dan kelas Hafazan (harian dan hujung minggu) kepada pelajar berumur seawal 4 hingga dewasa, termasuk kelas Al Quran, Tajwid, Talaqqi dan Tadabbur.

Visi

Menjadi wadah kepada masyarakat bagi mengaplikasikan Al Quran secara menyeluruh dalam kehidupan.

Misi

  • Menjadi penyedia servis solusi pengajian Al Quran seisi keluarga.
  • Menjadikan Al Quran sebagai panduan kehidupan.
  • Menjadi wadah kepada masyarakat mendapatkan pengajian Al Quran sepanjang hayat.
  • Melahirkan masyarakat yang mengaplikasikan Al Quran dalam kehidupan.